Wednesday

Penilaian Manuskrip Penting Untuk Buku Ilmiah

Penilaian manuskrip ialah proses di mana hasil penulisan ilmiah, penyelidikan atau idea-idea seorang pengarang mengalami proses pemeriksaan / pembacaan mendalam oleh orang lain yang juga merupakan seorang pakar di bidang yang sama. Pakar ini ialah seorang yang berkelayakan dan mampu melakukan penilaian yang objektif dan tidak berat sebelah.
Istilah penilaian manuskrip ini merujuk kepada kerja-kerja yang dilakukan ketika proses menyaring manuskrip yang dihantar secara ilmiah sebelum penerbit membuat keputusan untuk menerbitkan manuskrip tersebut.
Proses ini memberi dorongan kepada penulis-penulis untuk menghasilkan penulisan yang mencapai satu standard yang diterima dalam bidangnya dan juga mengelak daripada penulisan yang tidak berkualiti dan juga yang melanggar undang-undang dan etika penulisan ilmiah.

Kenapa ada penilaian?
- Menentukan kesesuaian manuskrip (fakta betul, relevan dengan judul)
- Mengawal kualiti manuskrip
- Menjamin keaslian manuskrip
- Menapis kandungan daripada terlibat dalam isu perundangan
- Komen tentang pasaran memberi maklumat kepada penerbit
- Maklumat dan fakta kemaskini
- Membantu penulis mempertingkat penulisan

Proses-proses Penilaian
- manuskrip diterima oleh editor umum/ editor perolehan
- Mengenalpasti penilai
- Pelantikan Penilai
- Tempoh penilaian – 1 bulan

1 comment:

Shah a.k.a Atok Djin said...

Hi,

Am interested to write a book, what to do next? Can you help me?