Sociable

Wednesday

Kedai Buku Maya - Pro dan Kontra

Pernah beli buku dari kedai buku maya? memang seronok dan teruja tetapi setiap kemajuan teknologi ini tentu ada kelemahannya. Saya cuba lihat beberapa pro dan kontra pembelian buku dari kedai buku maya ini (pemerhatian ini dari pandangan rambang):

Kebaikan Kedai Buku Maya / Online Book Store

1) 24 jam / 7 hari seminggu
Kedai buku maya tak pernah tutup dan anda boleh beli buku bila-bila masa. Pukul 3 pagi pun boleh browse buku, tak payah nak tunggu kedai buku buka keesokan harinya

2) Keselesaan di rumah
Ketika mencari-cari buku-buku kegemaran, and aboleh lakukannya di depan PC atau laptop di pejabat atau di ruang tamu rumah anda.. tak perlu berasak-asak, bersusah-payah cari parkir kereta. Ada yang pakai pyjama atau tak pakai apa-apa pun masih boleh beli buku.

3) Kemudahan membandingkan buku-buku
Kedai buku fizikal sekarang mempunyai stok yang terhad. Kadangkala kita tak dapat lihat 'range' buku yang kita kehendaki. Jadi terpaksa beli tanpa membandingkan isi kandungannya dengan buku-buku pesaing yang lain. Di kedai maya, kita boleh klik lebih daripada satu judul dalam bidang yang sama, lihat halaman kandungannya dan kita boleh bandingkan kandungannya serta harganya.. mana yang berkenan barulah beli

4) Pembayaran Kad Kredit
Sangat mudah dan ringkas. Anda hanya perlu ada kad kredit, kad debit, kad caj atau akaun paypal... mana-mana buku yang berkenan, pilih masuk ke dalam shopping cart, bayar dan tunggu buku itu sampai ke muka pintu anda.

5) Pembelian peribadi
Ada orang mahu beli sesuatu jenis buku tetapi malu dengan orang di sekelilingnya. Kalau yang lelaki nak beli buku masakan, rasa malu.. atau ada buku yang lebih bersifat peribadi susah nak bayar di kaunter.. tapi melalui kedai buku maya..anda kini boleh beli buku apa saja tanpa rasa malu.


Kelemahan Kedai Buku Maya / Online Book Store

1) Masalah sambungan internet
(lebih-lebih lagi di sesetengah tempat di Malaysia yang teramat perlahan.. PC asyik 'hang'.. sedang enak meencari buku-buku di kedai maya, sambung internet menjadi perlahan. Pembeli jadi tidak sabar dan meninggalkan laman web tersebut.

2) Maaf, tiada bayaran tunai
Kedai buku maya tidak menerima wang tunai kerana masalah lokasi dan juga keselamatan. Pembeli tak tahu bahawa webmaster kedai buku maya itu sebenarnya di Timbuktu, macam mana nak terima cash matawang Ringgit? nak bank-in cara bagaimana? jadi pembelian cara tunai tidak diterima. melainkan jika penjual itu dalam negara yang sama, lain-lain cara boleh diterima seperti wang pos/kiriman wang yang dikirim terus kepada alamat yang diberi.

3) masalah administrasi
Katalah jika pembelian anda salah dihantar atau buku rosak atau judul yang tidak 'matching'..bagaimana nak membuat pemulangan? pasti ada masalah di situ. Selain itu, ada sesetengah buku diharamkan di sesebuah negara, jika pembelian dah dilakukan tetapi penghantaran ditahan oleh kastam? bagaimana? siapa nak ganti balik.. risiko tanggung sendiri


4) Reputasi penjual

Ada beberapa kerat penjual buku maya yang mempunyai reputasi baik seperti amazon.com dan sebagainya. namun begitu banyak laman web tumbuh setiap hari.. bagaimana pembeli hendak memastikan kedai maya itu boleh dipercayai dan bereputasi baik?

5) Tak boleh pegang dan belek-belek halaman
Kedai buku maya menawarkan perbandingan secara terus antara beberapa buku namun masih tak dapat menandingi kemudahan untuk membelek-belek halaman buku sebelum beli. Kebanyakan pembaca suka baca dua tiga halaman sebelum mebuat keputusan membeli. kalau beli secara maya haruslah bersedia untuk melihat cover buku dan halaman kandungan buku itu saja...tak puas kan?

6) Caj yang lebih tinggi
untuk membeli buku di kedai buku maya luar negeri, pembeli terpaksa menanggung kos penghantaran. Biasanya kos ini sangat tinggi dan kadangkala menyamai harga buku. Jika bersedia tunggu sehingga 2 minggu selepas bayar, sila lah tunggu buku anda tiba dengan penuh debaran.. kalau tak sabar, bayar lebih lagi untuk penghantaran ekspres melalui kurier.

7) Keselamatan Kad anda
anda harus pastikan laman web itu ada sijil keselamatan internet untuk memastikan transaksi dalam talian selamat kerana anda memberi nombor kad kredit dan nombor CVV nya sekali. kalau dapat di godam oleh pihak ketiga, akibatnya kad anda mungkin akan disalahgunakan. Seperkara lagi, pembayaran dalam talian ini juga boleh menggunakan kad sesiapa saja.. jadi risikonya lebih besar

Di atas hanyalah pemerhatian pendek saya terhadap kedai buku maya ni.. saya sering beli buku secara maya dan alhamdulillah setakat ini tiada masalah tetapi kita harus berhati-hati apa jua yang mempunyai risiko walaupun kecil peratusannya.

Selamat beli buku secara maya!

Monday

Editor Buku Juga Harus Beretika

1. Editor bertanggungjawab dan mempunyai kuasa untuk menerima kertas cadangan penulisan daripada penulis untuk tujuan dinilai untuk diterbitkan.

2. Editor hendaklah memproses penilaian manuskrip tersebut dengan seberapa pantas yang mungkin demi keadilan kepada penulis.

3. Editor tidak seharusnya bersikap berat sebelah ketika menilai cadangan manuskrip yang ditawarkan dengan menilainya berdasarkan merit dan bukannya berdasarkan bangsa, agama, jantina, kepercayaan, etnik, kewarganegaraan atau fahaman politik penulis.

4. Editor tidak harus mendedahkan mana-mana atau apa jua maklumat dalam manuskrip yang sedang dinilai kepada sesiapa saja selain daripada penilai professional dan editor lain yang terlibat secara langsung.

5. Editor bertanggungjawab menawarkan kontrak penulisan kepada penulis setelah organisasi bersetuju menerbitkan manuskrip penulis terbabit.

6. Editor kapi hendaklah mengedit manuskrip penulis dengan sepenuh hati dan memastikan ia mendapat perhatian terbaik daripadanya.


7. Editor hendaklah menghormati hasil karya intelek penulis.

8. Editor hendaklah mengelak daripada menghadapi situasi di mana berlaku pertembungan kepentingan. Kepentingan ini termasuklah memproses manuskrip rakan, bekas guru dan keluarga sendiri. Penulis yang pernah bekerja bersama-sama editor dahulu juga hendaklah dieelakkan.

9. Editor tidak harus menggunakan semula apa jua maklumat, perbincangan atau intepretasi yang dia peroleh daripada manuskrip yang belum diterbitkan.

10. Editor hendaklah memastikan bahawa manuskrip tersebut ditangani dalam tempoh masa yang munasabah dalam proses penerbitan.

Wednesday

Penilaian Manuskrip Penting Untuk Buku Ilmiah

Penilaian manuskrip ialah proses di mana hasil penulisan ilmiah, penyelidikan atau idea-idea seorang pengarang mengalami proses pemeriksaan / pembacaan mendalam oleh orang lain yang juga merupakan seorang pakar di bidang yang sama. Pakar ini ialah seorang yang berkelayakan dan mampu melakukan penilaian yang objektif dan tidak berat sebelah.
Istilah penilaian manuskrip ini merujuk kepada kerja-kerja yang dilakukan ketika proses menyaring manuskrip yang dihantar secara ilmiah sebelum penerbit membuat keputusan untuk menerbitkan manuskrip tersebut.
Proses ini memberi dorongan kepada penulis-penulis untuk menghasilkan penulisan yang mencapai satu standard yang diterima dalam bidangnya dan juga mengelak daripada penulisan yang tidak berkualiti dan juga yang melanggar undang-undang dan etika penulisan ilmiah.

Kenapa ada penilaian?
- Menentukan kesesuaian manuskrip (fakta betul, relevan dengan judul)
- Mengawal kualiti manuskrip
- Menjamin keaslian manuskrip
- Menapis kandungan daripada terlibat dalam isu perundangan
- Komen tentang pasaran memberi maklumat kepada penerbit
- Maklumat dan fakta kemaskini
- Membantu penulis mempertingkat penulisan

Proses-proses Penilaian
- manuskrip diterima oleh editor umum/ editor perolehan
- Mengenalpasti penilai
- Pelantikan Penilai
- Tempoh penilaian – 1 bulan