1. Editor bertanggungjawab dan mempunyai kuasa untuk menerima kertas cadangan penulisan daripada penulis untuk tujuan dinilai untuk diterbitkan.
2. Editor hendaklah memproses penilaian manuskrip tersebut dengan seberapa pantas yang mungkin demi keadilan kepada penulis.
3. Editor tidak seharusnya bersikap berat sebelah ketika menilai cadangan manuskrip yang ditawarkan dengan menilainya berdasarkan merit dan bukannya berdasarkan bangsa, agama, jantina, kepercayaan, etnik, kewarganegaraan atau fahaman politik penulis.
4. Editor tidak harus mendedahkan mana-mana atau apa jua maklumat dalam manuskrip yang sedang dinilai kepada sesiapa saja selain daripada penilai professional dan editor lain yang terlibat secara langsung.
5. Editor bertanggungjawab menawarkan kontrak penulisan kepada penulis setelah organisasi bersetuju menerbitkan manuskrip penulis terbabit.
6. Editor kapi hendaklah mengedit manuskrip penulis dengan sepenuh hati dan memastikan ia mendapat perhatian terbaik daripadanya.
7. Editor hendaklah menghormati hasil karya intelek penulis.
8. Editor hendaklah mengelak daripada menghadapi situasi di mana berlaku pertembungan kepentingan. Kepentingan ini termasuklah memproses manuskrip rakan, bekas guru dan keluarga sendiri. Penulis yang pernah bekerja bersama-sama editor dahulu juga hendaklah dieelakkan.
9. Editor tidak harus menggunakan semula apa jua maklumat, perbincangan atau intepretasi yang dia peroleh daripada manuskrip yang belum diterbitkan.
10. Editor hendaklah memastikan bahawa manuskrip tersebut ditangani dalam tempoh masa yang munasabah dalam proses penerbitan.
No comments:
Post a Comment