Tuesday

Tanggungjawab dan Tata Etika Seorang Penulis

Untuk menjadi penulis yang berjaya dan disukai oleh penerbit-penerbit. Penulis-penulis juga harus ada tata etika mereka tersendiri. Penulis yang bertanggungjawab akan menjadi penulis yang cemerlang. Berikut adalah tata etika dan tanggungjawab sebagai seorang penulis:

1. Penulis harus memastikan bahawa penulisannya adalah berdasarkan fakta yang tepat (buku ilmiah dan professional) dan berdasarkan penyelidikan yang disahkan sebelum penulisan di buat.

2. Penulis harus memastikan bahawa penulisannya itu bebas daripada unsur-unsur fitnah dan hasutan.

3. Penulis harus memahami bahawa tujuan penulisannya adalah untuk memberi laporan atas penyelidikannya dan juga meneguhkan autoriti beliau di dalam bidang kepakarannya.

4. Penulis juga mestilah tahu untuk menghasilkan penulisan yang mudah difahami oleh pembacanya.

5. Penulis haruslah mematuhi tarikh akhir penghantaran manuskrip sepertimana yang dipersetujui oleh beliau dan editor

6. Penulis haruslah memastikan bahawa penulisannya itu bukan ciplak atau plagiat daripada penulisan yang terdahulu.

7. Penulis haruslah memastikan penulisannya itu lengkap dan mengandungi butiran yang mencukupi bagi memenuhi judulnya.

8. Penulis haruslah faham dalam etika pengambilan bahan penulisan lain dengan memberi kredit dan penghargaan kepada penulis asal.

9. Penulis bersama mestilah memberi sumbangan yang mencukupi untuk dianggap sebagai penulis bersama-sama dengan penulis utama dan tidak hanya menumpang namanya pada judul tersebut.

10. Penulis tidak harus menghantar cadangan manuskrip yang sama kepada penerbit yang lain pada masa yang sama.

11. Penulis hendaklah bertanggungjawab dalam membetulkan kesilapan fakta atau penulisan yang ditemui dalam manuskripnya itu.

No comments: