Sebagai sebuah negara yang dikira masih membangun, Malaysia memerlukan tenaga kerja yang berkemahiran dalam penerbitan buku demi menyediakan pasukan yang mampu menerbitkan buku dengan kualiti yang lebih tinggi dan berdaya maju di pasaran dalam negeri dan juga di luar negara.
Salah satu industri hiliran kepada penerbitan iaitu Percetakan Buku telah sedia memiliki tenaga kerja yang berkemahiran malah pencetak-pencetak di Malaysia diiktiraf antara yang terbaik di Asia dari segi mutu cetakan dan kualiti warna.
Namun begitu, industri asasnya iaitu Penerbitan Buku masih berjalan dalam mode 'auto-pilot' iaitu kakitangan syarikat penerbitan jarang-jarang dihantar menghadiri latihan bagi mendapatkan kemahiran yang tertentu. Kemahiran secara rasmi boleh diperoleh melalui kursus di universiti yang menawarkan pengkhususan dalam bidang Penerbitan (Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM).
Jika tidak, kakitangan syarikat Penerbitan ini mendapatkan kemahiran bekerja hanya daripada pengalaman sehari-hari bekerja dalam syarikat penerbitan. Bekerja di syarikat penerbitan juga biasanya bukan pilihan utama graduan. Kebanyakan mereka dari jurusan lain ketika belajar tetapi secara tidka sengaja masuk ke industri ini. Bila tak dapat kerja lain, barulah 'terpaksa' memilih kerjaya sebagai editor buku. Jadi tidak hairan juga ramai di dalam industri ini bukan pencinta buku sebenar. Kerja hanya nak cari makan.
Di Malaysia juga tidak banyak latihan yang ditawarkan kepada kakitangan penerbitan. kalau adapun yang tidak seberapa itu hanya dihadiri oleh majoriti dari kalangan kakitangan kerajaan. Penerbit-penerbit swasta KEDEKUT hendak menghantar kakitangan mereka berkursus. Persatuan Penerbit hanya sibuk tentang hal-hal periuk nasi dan masalah tuan punyanya dalam industri tetapi TAK PERNAH berdiskusi tentang pentingnya latihan kepada kakitangan masing-masing.
Mungkin sudah tiba masanya bagi kakitangan di industri penerbitan menubuhkan persatuan mereka sendiri bagi memperjuangkan nasib mereka. Hal-hal yang mereka boleh perjuangkan adalah hal-hal latihan profesional untuk mereka dan skel gaji yang terlalu rendah untuk kakitangan penerbitan.
Saya berharap dengan adanya gerakan semula Yayasan Pembangunan Buku Negara untuk menrevolusikan industri ini dapatlah menyuntik profesionalisme dalam indutri ini dari segi etika penerbitan, hal-ehwal perniagaan buku dan juga latihan kakitangannya.
No comments:
Post a Comment