Pemasaran buku di Malaysia mempunyai pelbagai saluran dan tidak semestinya saluran itu berbentuk traditional seperti kedai buku. Apabila sesebuah buku sudah siap di cetak, penerbit mempunyai pelbagai cara untuk memastikan buku yang diterbitkannya itu keluar 'bertemu' dengan bakal pembacanya dan tidaklah berhabuk di dalam stor.
Cara yang paling baik untuk para penerbit memastikan bahawa judul barunya itu diketahui oleh masyarakat, beliau bolehlah memulakan kempen promosi dengan menggunakan jaket bukunya jika buku tersebut masih belum siap dicetak.
Dua cara promosi yang diakui berkesan di luar negara tetapi bukan di Malaysia ialah 1) Pelancaran Buku dan 2) Resensi Buku (book review) di akhbar atau majalah. Kedua-dua acara promosi ini jika dilakukan dengan betul di US atau UK akan menyebabkan judul yang baru terbit terus naik carta buku terlaris. Namun ia tidak terjadi di Malaysia kerana tiada siapa kisah kalau ada sesuatu buku itu baru terbit atau ada buku baru dilancarkan. Acara yang dijalankan hanyalah acara 'syok sendiri' penerbit atau mungkin hanya untuk menggembirakan hati penulis kerana sudah pasti jumlah jualannya nanti juga tidak begitu memberangsangkan. Kenapa terjadi begini? terlalu negatifkah industri buku? jawapannya, lain negara lain cara promosinya.
Di Malaysia, beberapa saluran pengedaran yang sudah established adalah:
1) Kedai buku berangkai (MPH, Popular, Kinokuniya, Smart Bookshop, Borders dsb)
2) Pengedar yang mempunyai rangkaian pengedaran runcit yang luas (Crescent News, Mehraj, Everbest Media, MPh Distributors dsb)
3) Kontraktor buku yang dilantik oleh kerajaan untuk mengedarkan buku-buku ke jabatan-jabatan kerajaan, perpustakaan awam dsb
4) Runners (syarikat buku bebas) yang bergerak menjual buku-buku secara terus ke universiti dan organisasi yang lain.
5) Kedai buku online (mph.com.my, kedai-buku.net dsb)
Untuk posting lain kali, saya akan menerangkan tentang terma dan cara pengedaran tersebut sampai ke tangan pembeli.
No comments:
Post a Comment