Petikan dari Bernama (agensi berita nasional, Malaysia)
------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR 6 April - Malaysia perlu menerbitkan 27,000 judul buku umum setahun untuk menjadi negara maju berilmu setaraf negara maju yang lain, kata Presiden Persatuan Kontraktor Buku Malaysia, Hasan Hamzah.Berdasarkan pengamatan mengenai penerbitan buku, beliau berkata, penerbitan buku di Jepun, Korea Selatan, Denmark, Sweden, Jerman dan negara-negara maju lain, dilakukan pada nisbah 1,000 judul buku untuk satu juta penduduk.''Untuk itu, secara nisbahnya, Malaysia perlu menerbitkan 27,000 judul buku untuk 27 juta penduduknya dalam setahun,'' katanya di sini.Bagi menerbitkan 27,000 judul buku, katanya, peruntukan kira-kira RM300 juta diperlukan untuk membantu penerbit buku meningkatkan penghasilan dan penjualan buku umum.Hasan berkata, Malaysia kini menerbitkan 10,000 judul buku sahaja setahun dan jumlah itu masih jauh dari sasaran untuk mencapai taraf negara maju berilmu.Katanya, majoriti buku yang terdapat di Malaysia adalah diimport walaupun memiliki ramai cendekiawan tempatan yang mampu menghasilkan buku umum seperti kira-kira 350,000 golongan pendidik dan lebih 40,000 pensyarah atau profesor.''Masyarakat kita sebenarnya sukakan ilmu dan bacaan tetapi buku yang dijual adalah terlalu mahal.''Pada perkiraan saya, untuk menjual buku dengan harga murah, sesebuah judul buku itu harus dicetak dengan permintaan sekurang-kurangnya 3,000 naskhah setahun,'' katanya.Hasan berkata, permintaan terhadap buku-buku umum akan meningkat dengan sokongan kerajaan melalui penyediaan peruntukan khusus untuk penerbitan buku-buku bacaan umum. - BERNAMA
--------------------------------
Saya amat mengalu-alukan kenyataan ini daripada pemain industri seperti Hj Hassan Hamzah. Kerajaan harus buka mata bahawa untuk menjadi negara yang berilmu dan mempunyai peradaban yang tinggi bukan murah harganya.
Persoalan di sini berkaitan teori asas ekonomi - PERMINTAAN DAN PENGELUARAN pasaran. Jika banyak buku diterbitkan, ramai pemabaca dapat menikmati buku yang murah dan lebih dekat dengan budaya dan cara hidup kita. Takkanlah kita asyik disogok oleh buku-buku dari luar negeri yang mahal-mahal dan kadangkala tak sesuai dengan budaya kit?
Tidak dinafikan rakyat Malaysia suka membaca tetapi adakah bahan bacaannya? takkan lah mereka asyik disogok dengan bahan-bahan bacaan picisan? itu namanya memperli tahap intelektual kita.
Bersediakah kerajaan memperuntukkan sekurang-kurangnya RM200juta untuk membantu industri perbukuan dan menyemai budaya membaca dan meningkatkan peradaban bangsa kita?
Menurut Hj Hassan, Malaysia sekarang menerbitkan 10,000 judul tetapi jenis buku apakah itu? rata-rata penerbit di Malaysia suka sangat menerbitkan buku-buku rujukan sekolah, bank soalan peperiksaan dan sebagainya. Bolehkah membina negara cara begini? kalau nak bagi pelajar lulus peperiksaan bolehlah.
Ke mana perginya 350,000 golongan pendidik dan lebih 40,000 pensyarah di negara ini? tak menulis kah mereka? atau puas mengajar sahaja? Cabaran ini saya lontarkan kepada yang berkenaan untuk menyumbang ilmu anda kepada negara... ilmu tak usah bawa masuk ke kubur!
Kita boleh buat dengan menerbitkan 27,000 buah judul setahun... perancangan mestilah sistematik dengan satu badan induk mengkoordinasikannya dan latihan yang betul perlu disediakan kepada penulis dan bakal penulis
Syabas Hj Hassan Hamzah kerana mengungkit perkara ini..SUDAH TIBA MASANYA ...SEKARANG!
No comments:
Post a Comment