Thursday

Selamat Hari Buku dan Hakcipta Sedunia - 23 Apr

Selamat Hari Buku Sedunia!




Hari Buku Sedunia telah ditetapkan oleh UNESCO bagi meraikan BUKU dan PEMBACAAN dan diraikan di lebih daripada 100 buah negara di dunia. Asalnya dari Catalonia di mana pada hari St George, bunga-bunga ros dan buku diberi sebagai hadiah semenjak 80 tahun yang lalu.

Sehubungan dengan itu, Hari Buku dan Hakcipta juga dilancarkan di PWTC semalam, 23 April 2009 bersempena juga dengan Pesta Buku Antarabangsa KL

Apa makna Hari Buku Sedunia ini?

Daripada Persidangan UNESCO yang ke-28 di Paris, (25 October-16 November 1995) Persidangan telah menetapkan perlu ada satu hari yang khas (23 April setiap tahun) untuk BUKU dan PEMBACAAN kerana:

1) Memandangkan bahan bacaan seprti buku secara sejarahnya merupakan suatu bahan yang berkuasa untuk menyebarluaskan ilmu pengetahuan dan buku adalah medium yang paling efektif untuk merekodkan ilmu pengetahuan tadi.

2) Selain daripda memberi ilmu kepada umat manusia, ia juga mampu menambah koleksi terhadap kesedaran tradisi budaya manusia seluruh dunia dan memberi ilham kepada persefahaman, telerans dan dialog sesama manusia.

3) Tarikh 23 April setiap tahun diumumkan sebagai 'World Book and Copyright Day', kerana pada tarikh itulah pada tahun 1616, Miguel de Cervantes, William Shakespeare and Inca Garcilaso de la Vega mati.

Salah satu simbolik acara buku dunia, sebuah kota di dunia akan dipilih sebagai ibu kota buku dan bergilir setiap tahun. Pada tahun 2009, Beirut, Lebanon pula diberi penghormatan oleh UNESCO untuk dinobatkan sebagai Ibu Kota Buku Dunia (World Book Capital 2009). Lihat di sini http://www.beirutworldbookcapital.com/Accueil.aspx?lang=en-US


Sekarang kita dah tahu kenapa kita meraikan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia...

1 comment:

Gelombang Rakyat said...

Majulah Buku Seabadinya...