Tuesday

Dunia Buku Tuntut Perubahan!! Boleh ke berubah?

Beberapa hari lagi akan berlangsung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009. Sebuah nama pesta yang gah dan terulung di negara ini.

- Bagaimana pula dengan industri buku? dah dapat taraf 'industri'?
- Syarikat-syarikat penerbitan apa khabar? masih sibuk buat buku sekolah lagi kah? Buku sekolah manyak untung loooo... lapat proyek tender lagi untungggg...
- Kakitangan syarikat penerbitan apa khabar juga? pernah dihantar 'training' oleh bos baru-baru ini? gaji macam mana? setaraf dengan pegawai bank tak?
- Pencetak apa khabar? kalau penerbit buku tak ada, u orang masih boleh print barang-barang lain kan? tak kisah lah penerbit nak mati ke..lantaklah! yang penting kalau nak bagi kita print u all kena bayar cash you!
- Kedai buku pula bagaimana? takkan asyik nak minta diskaun tinggi-tinggi... penerbit nak hidup juga ..kang datang kedai buku asing monopoli cara baru, baru le terbuka biji mata
- Penulis apa khabar? kesian u all..asyik dapat 10% royalty aje.. pergilah self-publish, sekarang kan dah ada print-on-demand...cetak buku 30 naskhah pun dah okay..daripada tak ada langsung kan..

Okaylah... selain daripada kawan-kawan yang di atas, saya pun nak tanya khabar kawan-kawan lama di bawah ini:

- ITNM (macamana sekarang? tak nak translate karya-karya popular dunia buat masyarakat kita ke? Orang kita nak tahu juga ilmu-ilmu terkini dari bahasa asing..kalau kita cepat-cepat translate macam kat Indonesia tu kan best... teman-teman yang nak tahu tentang ilmu 'blue ocean', 'six sigma' tapi tak mahir bahasa Inggeris kenalah pulak pergi ke jakarta beli yang versi Indonesia.. sebab versi yang Melayu tak de...)

- MKBM (organise pesta buku penat kan?... takkan tak nak buat program-program buku yang lain...penerbit banyak ni kat Malaysia tapi kenapa industri tak maju-maju? ada masalah lain ke? atau tak cukup kakitangan?

- MABOPA (persatuan yang rasmi dan official. Bila berpersatuan lihat juga la kebajikan kakitangan tu sikit... bila meeting asyik cerita masalah boss aje..asyik-asyik masalah kena plagiat, masalah cetak rompak, masalah industri yang melecet..masalah tak cukup duit, masalah nak buat duit, masalah nak cari tender, masalah nak cari pembeli....pernah tak cerita masalah editor-editor u tu yang dah lama melecet dalam mesyuarat? tak de kakitangan, buku tak siap tau..)

Ada le beberapa kawan lama yang lain yang saya nak tanya khabar juga ..nantilah minggu depan bila kat bookfair boleh lah saya tanya-tanyakan khabar semua.. sambil minum-minum kat 'riverside' (gerai kat tepi sungai tu...)

Minggu depan pesta buku pun mulalah...Inilah masa bagi Penerbit nak habiskan stok-stok yang tak laku..))) berduyun-duyun orang datang you...kalau panggil artis lagi best, macam nak roboh gerai...

Selamat berpesta!!! ....alahai buku..

2 comments:

Gelombang Rakyat said...

Perubahan?

Alahai buku

Saya baru nak faham apa problem masalahnya.

Problem people ke?

People problem ke?

Sedang memerhati...

Anonymous said...

hem...
pesta buku yg dinanti..