2O hingga 22 April ini merupakan bermulanya Pesta Buku London 2009. Ironinya, tarikh tersebut bertembung dengan Pesta Buku Antarabangsa Malaysia 2009 iaitu antara 17 hingga 26 April 2009.
Ada seorang teman penerbit yang aktif menerbit dan juga menjual hakcipta ke pasaran antarabangsa mengeluh atas pertembungan ini, menurutnya "Apa tak ada koordinasi kah antara semua pesta-pesta buku di seluruh dunia?"
Setelah dicongak-congak, beliau mengambil keputusan untuk berada di PWTC pada 2 hari pertama saja dan terpaksa berlepas ke London pada 19hb..nampaknya peluang di London lebih cerah buat beliau.. Pesta Buku di KL pula hanyalah pesta buku pengguna..orang datang untuk beli buku bukan beli hakcipta....kalau macam tu, pegawai pemasaran pun boleh jaga gerai pameran, tak perlu owner berada di sana... kesian Malaysia.
Apa nak buat, penganjur lebih suka buat duit cepat daripada mengembangkan ilmu. Tapi daripada jadual Pesta Buku KL yang saya lihat semakin banyak usaha ke arah menjadikan pesta buku KL lebih antarabangsa dengan kemasukan ramai pembeli-pembeli hakcipta ke Malaysia di bawah program MITI. Syabas penganjur.
Pesta Buku London memang semakin mendapat tempat di kalangan penerbit dan pemilik hakcipta kerana ia menjadi pesta buku yang penting di Eropah. Frankfurt tidak berpeluang memainkan peranannya sebagai hub pesta buku Eropah kerana saiznya yang jauh lebih besar menyebabkan Franfurt terpaksa memainkan peranan sebagai pesta buku sedunia. Jadi untuk perbincangan eceran di kalangan penerbit buku kecil di Eropah, Pesta Buku London menyediakan ruang yang lebih selesa dan fokus.

Ketika saya berkhidmat dengan sebuah penerbit antarabangsa dulu, saya pernah jual hakcipta buku pengurusan hasil tulisan penulis tempatan (tetapi dalam bahasa Inggeris) kepada seorang penerbit di Moscow ke dalam bahasa Rusia di Pesta Buku London 5 tahun yang lalu... siapa kata buku dari Malaysia tak boleh diantarabangsakan?
No comments:
Post a Comment