A BILINGUAL ARTICLES ABOUT BOOK PUBLISHING <> CATATAN ILMU TENTANG DUNIA BUKU DAN PENERBITAN. BERHASRAT MEMBUDAYAKAN PENULISAN BUKU DAN MINAT MEMBACA DI KALANGAN RAKYAT MALAYSIA
Tuesday
Resensi Buku - Panduan Memulakan Perniagaan
Judul: Panduan Memulakan Perniagaan
ISBN: 978-983-3718-46-7
Penulis: Dr Ismail Ab Wahab, Zarina Salleh, Siti Zahrah Buyong (UiTM)
Harga: RM35.00 (termasuk CD lembaran kerja Kewangan)
Penerbit: Arah Publications (http://www.arahpendidikanbooks.com/ )
Buku ini sangat penting kepada bakal usahawan, usahawan baru dan pelajar-pelajar kursus keusahawanan di IPT dan institut Keusahawanan yang lain.Untuk memulakan perniagaan sendiri tidak semudah yang disangka. Terdapat banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Persoalan pertama adalah jenis perniagaan yang ingin diceburi, kumpulan perlanggan sasaran, bilangan pekerja dan yang paling mencabar ialah carah untuk mendapatkan sumber kewangan bagi memulakan perniagaan.Buku ini akan membimbing usahawan baru dan bakal usahawan dalam perkara-perkara berikut:
• Jenis perniagaan yang sesuai dan peluang perniagaan berdaya maju
• Bentuk perniagaan yang sesuai didaftarkan
• Kaedah memiliki sebuah perniagaan
• Peraturan dan undang-undang perniagaan yang perlu diketahui
• Penyediaan sebuah 'Rancangan Perniagaan' yang lengkap
• Menilai dan menganalisis Rancangan Perniagaan
• Sumber-sumber untuk memperoleh kemudahan kewangan
Setelah membaca dan menggunakan buku ini saya dapati ia amat membantu saya untuk mengetahui perkara-perkara untuk menjadi usahawan. bahasanya mudah dan mencakupi semua perkara yang kit5a perlu tahu sebagai usahawan baru. Tidak hairan mengapa buku ini amat popular di dalam kursus-kursus keusahawanan di negara kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment