Trend ini merujuk kepada situasi di mana pembelian atau pemilihan buku kini dilakukan melalui laman web di talian. Penjualan buku dalam talian akan menjadi satu faktor utama dalam industri penerbitan. Salah satu contoh penjualan buku dalam talian ini ialah kejayaan Amazon.com dalam merevolusikan kaedah membeli buku dengan mudah, berintergriti, murah dan pantas.
*********************************************************************************
Amazon.com
Amazon.com merupakan gedung penjualan buku maya yang paling besar dan berjaya pada masa kini dan dikatakan telah menjadi ‘lagenda internet’. Amazon.com mempunyai sejarah yang ringkas. Ia ditubuhkan pada Julai 1995 oleh Jeff Bezos, bekas seorang pakar kewangan di Wall Street. Jeff menubuhkannya di Seattle kerana lokasinya yang hampir dengan pengedar buku yang besar, Ingram dan di situ terdapat banyak pakar-pakar ICT yang memudahkannya mendapat tenaga pakar.
Jeff dapat melihat pada ketika itu (1994) jumlah pengguna internet tumbuh dengan pesat (2,300% setahun) dan secara tidak langsung memberinya idea untuk memanipulasi fenomena ini. Pada peringkat perancangan, beliau masih tidak tahu jenis produk yang patut dijajanya di ruang siber. Setelah meneliti hampir 20 buah produk, beliau akhirnya memilih untuk menumpukan kepada 2 produk akhir iaitu buku dan muzik.
Sebab beliau memilih produk buku kerana kedua-duanya ini mempunyai variasi yang banyak. Pada tahun 1994, jumlah judul buku yang telah diterbitkan berjumlah 1.3 juta judul manakala industri muzik telah menghasilkan 300,000 judul album. Jeff juga melihat bahawa gergasi peruncitan buku pada ketika itu, Barnes & Noble masih gagal menguasi sepenuhnya saiz pasaran pembaca buku di Amerika Syarikat sahaja (B&N hanya menguasai 12% saiz pasaran konvensional sahaja).
Hasilnya, Amazon mencatat pendapatan 31 kali ganda selepas setahun beroperasi iaitu dari US$511,000 kepada US$15.7juta pada tahun 1996 dengan jumlah pelanggan sebanyak 180,000 pelanggan manakala 33% penjualannya pula daripada luar Amerika Syarikat.
Rahsianya, Amazon.com berjaya memenuhi kebanyakan pencarian judul yang dikehendaki pelanggan, pemberian diskaun yang tinggi sehingga 40%, khidmat peribadi seperti enjin pencari judul, troli pembeli serta pembungkusan hadiah dan kos penghantaran yang pelbagai cara.
Semenjak itu, Jeff dan Amazon.com tidak menoleh ke belakang lagi. Hasil penjualannya pada tahun 1998 dilaporkan sekitar US$600juta. Kini pelanggannya berjumlah 8.4juta orang dengan tawaran 2.5juta judul buku dan saham syarikatnya itu kini diniagakan di Bursa Saham New York.
Pada masa depan, Jeff merancang untuk menjadikan Amazon.com sebuah pasaraya virtual yang menjual apa jua produk selain daripada buku. Pada tahun 2000, beliau telah membuat langkah strategic dengan membeli pegangan saham di 4 buah laman web penting lain iaitu 46% saham dalam Drugstore.com, 35% saham dalam HomeGrocer.com, 54% saham dalam Pets.com dan akhirnya 49% saham dalam Gear.com. Impiannya ialah untuk menjadikan Amazon.com pusat tumpuan seluruh aktiviti e-dagang seluruh dunia.
Walaupun dengan cerita kejayaan dan lagenda, Amazon.com sebenarnya masih menanggung kerugian. Ini disebabkan oleh kempen Jeff yang agresif dan pengembangan infrastruktur syarikat bagi menampung trafik internet yang tinggi sehingga menghendakinya membelanja lebih US$300juta.
Namun begitu, pada tahun 2002, Amazon.com dilaporkan rugi sebanyak US$94juta berbanding sebanyak US$168juta pada tahun 2001. Adalah dianggarkan Amazon.com akan mula mengaut keuntungan dalam jangkamasa dua tahun dengan pengenalan produk selain buku seperti elektronik, muzik, video dan peralatan rumah.
Paling terkini, Amazon.com telah dilantik menjadi rangkaian online bagi gergasi peruncitan konvensional, Borders. Untuk menjejaki kejayaan Amazon.com ini, gergasi peruncitan buku, Barnes & Noble telah melancarkan kedai buku mayanya iaitu bn.com daripada kes kejayaan Jeff Bezos tersebut.
*********************************************************************************
Satu lagi cabang penerbitan dalam talian ialah penjualan judul buku dan novel daripada penulis terus kepada pengguna. Beberapa orang penulis yang tersohor seperti Stephen King telah menawarkan beberapa buah bab daripada novel ‘Riding With The Bullet’ melalui talian, malah beliau kini telah menawarkan seluruh novel tersebut dengan harga yang lebih murah daripada harga novelnya yang terdahulu yang diterbitkan secara konvensional. Melalui modus operandinya, pembaca atau peminatnya akan membuat pembayaran terus kepada King dan membolehkan mereka memuat turun novel tersebut.
Kini terdapat beberapa penerbit yang mengkhusus dalam penerbitan pengedaran melalui talian semata-mata. Contoh penerbit dalam talian seperti NetLibrary dan peanutpress menjual dan mengedar buku-buku digital online secara eksklusif. Mereka mewakili judul-judul yang pelbagai daripada penerbit universiti dan juga buku-buku profesional.
No comments:
Post a Comment