Tuesday

Kedai Buku di Kawasan Perumahan

Saya mendapat berita ada sebuah cawangan kedai buku rangkaian terpaksa ditutup. Kenapa? adakah ekonomi semakin teruk? tapi kenapa rangkaian kedai buku raksasa dari Indonesia, Gramedia Bookstores membuka dua kedai barunya di Malaysia kalau benarlah ekonomi Malaysia tak bagus kepada pekedai buku?

Setiap pusat membeli-belah ada kedai buku dan kebanyakan outlet kedai buku rangkaian (MPH, Popular, Kinokuniya, Borders) pula dibuka dalam pusat membeli-belah. Kenapa tak nak buka kedai buku di kawasan-kawasan perumahan?

Saya lihat ada satu potensi bagi penjual-penjual buku ini untuk membuka kedai buku di dalam kawasan perumahan. Jika pekedai itu pandai memilih judul-judul buku yang sesuai untuk dipamerkan di kedainya, pasti ada pembelinya.

Saya sendiri sering bersungut kerana jika mahu pergi kedai buku mesti kena pergi ke pusat membeli-belah. Kalau pergi ke pusat membeli-belah, kena bayar parkir, itu belum kena berebut-rebut parkir waktu hujung minggu di Kuala Lumpur. Setelah beli buku, ada pula dorongan nak singgah ke restoran makanan segera dan banyak lagi. Pendek kata kalau mau beli buku di kedai-kedai rangkaian di atas, akan ada banyak lagi kos-kos sampingan yang akan berlaku.

Jika kedai buku ada di sekitar rumah kedai di kawasan perumahan kita sendiri, kan lebih mudah, tak perlu habis petrol, tol dan wang parkir dan banyak masa hanya untuk mendapatkan buku. Suasana juga lebih santai, tak payah bersolek-solek atau berpakaian cantik-cantik...alahai kita kan nak beli buku saja.

Tidak hairan lah saya lihat pekedai-pekedai buku seperti Czip Lee (Kajang), Pustaka Seri Intan (Kuala Terengganu), Hamid Brothers (Kuantan) benar-benar maju dalam perniagaan mereka. Sebabnya kedai buku mereka dekat kepada pembeli.. tak kisah lah kalau tak ada pendingin hawa.. yang penting buku yang diidamkan dapat di tangan.

Bosan juga nak berangkat dan bersiap-siap hanya untuk ke kedai buku di pusat membeli-belah..kini sudah ada banyak kedai buku dalam talian (online bookstores), beli buku dengan klik tetikus saja...Saya sendiri suka membeli buku online...pilih buku di rumah, klik untuk bayar, dan tunggu hingga buku sampai ke depan pintu rumah..kan senang!

4 comments:

naqiubex said...

Itu sememangnya idea yang sgt baik..
harap ada yang mengambil risiko utk membuka kedai buku di kawasan perumahan..
yang ada selalu pun kedai 'stationeries'... yang bilangan. pengunjungnya amat menyedihkan.. Mereka patut bersikap inovatif sedikit..

HASRI HASAN said...

betul Naqiubex,

kalau ada kedai buku (kecil pun tak apa) dekat-dekat rumah boleh kita pergi browsing buku bersantai-santai... harap MPH boleh pikirkan cara ini... tak semua orang suka pergi shopping center

ALI DINA said...

Salam sejahtera, kedai buku maya, lebih menarik dan peramah, koleksi unlimited, beli buku-online lebih selesa, bagaimana kalau boleh dipinjamkan antara satu sama lain, atau book exchange, berminat lawati http://bookstesyen.blogspot .com

HASRI HASAN said...

saya akan post tak lama lagi pro dan cons kedai buku online...