Keputusan kerajaan Malaysia untuk menghentikan PPSMI (pengajaran dan pembelajaran sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris) memang saya sudah jangka jika saya lihat daripada kaca mata seorang pengkaji dalam bidang penerbitan buku seperti saya.
Pelaksanaan PPSMI ini jangka panjang akan membunuh kegiatan intelektual dalam Bahasa Melayu.
Dalam tesis Sarjana Pengajian Penerbitan saya yang saya siapkan pada 2005, saya telah membuat kajian tentang "Penerbitan Buku Ilmiah dan Pengajian Tinggi Berbahasa Melayu: Kajian Masalah dan Masa Depannya di IPTA Malaysia.
Salah satu sebab yang saya gariskan akibat daripada masalah di atas adalah sikap kerajaan Malaysia yang mengubah secara tiba-tiba bahasa pengantar di sekolah dan universiti kepada Bahasa Inggeris pada tahun 2003. Perubahan polisi secara tiba-tiba/mengejut ini menyebabkan buku-buku ilmiah Bahasa Melayu tidak laku dan tidak diterima sebagai buku teks utama.
Pelaksanaannya PPSMI di sekolah tetapi kenapa kesannya di universiti? kenapa? sebab ramai pembuat keputusan di universiti adalah 'kaki bodek'. Apabila Tun Dr Mahathir membuat keputusan demikian, maka berlumba-lumbalah para Naib Canselor mengubah dasar mereka supaya selaras dengan polisi BI ketika itu..nampak?
Hasil kajian saya pada tahun 2005 (dua tahun selepas pelaksaannya) mendapati:
- 57% kursus di IPTA menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
- 91% kursus di IPTA tidak sudi menggunakan buku ilmiah bahasa Melayu tempatan
Bagi kegunaan buku pula:
- 57% menggunakan buku-buku teks import
- 16% menggunakan bahan-bahan dari internet/jurmal
- 12% menggunakan buku-buku Inggeris tempatan
Hanya 15% yang masih menggunakan buku-buku Bahasa Melayu tempatan, itupun kursus-kursus sastera, kesusasteraan, bahasa asing, dan fakulti-fakulti pengajian agama.
Jadi kesannya, penerbitan buku intelek/ilmiah dalam Bahasa Melayu akan layu dan mati akhirnya.
Jadi keputusan yang baru ingin 'balik ke pangkal jalan' ini mungkin sedikit sebanyak akan merancakkan balik penerbitan buku ilmiah bahasa Melayu, kenapa?
Sebab di sana ada banyak 'kaki bodek' tadi.. untuk menunjukkan bahawa mereka menyokong usaha kerajaan mendaulatkan bahasa Melayu.. tak lama lagi kebanyakan kursus di IPTA akan bertukar bahasa pengantarnya dalam bahasa Melayu.. tak percaya tengoklah!
wahai DBP..siap-siaplah mengaktifkan semula bahagian Pengajian Tinggi anda.
A BILINGUAL ARTICLES ABOUT BOOK PUBLISHING <> CATATAN ILMU TENTANG DUNIA BUKU DAN PENERBITAN. BERHASRAT MEMBUDAYAKAN PENULISAN BUKU DAN MINAT MEMBACA DI KALANGAN RAKYAT MALAYSIA
Showing posts with label Buku Pengajian Tinggi. Show all posts

Sunday
Kategori Buku Yang Paling Laku di Malaysia
Penerbitan buku di Malaysia sebenarnya sesuatu kegiatan ekonomi yang boleh dijangka. Saban tahun, bentuk-bentuk buku jenis yang sama yang akan terjual berbanding dengan genre-genre yang lain. Berikut disenaraikan jenis-jenis penerbitan buku di negara ini dan status keuntungannya:
1) Buku Teks Sekolah
Kategori yang untung lagi menguntungkan. Semua pelajar sekolah diwajibkan memilikinya dan dengan skim pinjaman 100% buku teks oleh Kementerian Pelajaran (KPM), buku-buku sebegini adalah mesin pencetak wang. Pada tahun 2010 nanti, KPM memperuntukan sejumlah RM81juta untuk menyediakan buku-buku teks kepada para pelajar sekolah. Dominasi buku-buku teks seluruh sekolah rendah (paling tinggi kuantitinya dimonopoli oleh Dewan Bahasa dan Pustaka). Penerbit-penerbit 'bumiputera' yang lain berkongsi tender bagi buku-buku sekolah menengah yang lain.
2) Buku rujukan sekolah
kategori kedua untung. Tidak syak lagi sebahagian besar ahli Persatuan Penerbit Buku (MABOPA) iaitu kira-kira 90 peratus adalah penerbit buku ulangkaji sekolah. Jika judul rujukan tambahan ini masuk ke dalam senarai buku-buku yang perlu dibeli oleh ibu bapa oleh pihak sekolah, alamat untunglah penerbit itu. Rata-rata penerbit yang berjaya sebegini boleh menjual buku rujukan teks sebanyak 20,000 hingga 30,000 naskhah bagi setiap judul bagi setiap darjah atau tingkatan (saiz keseluruhan pasaran kira-kira 400,000 seluruh negara). Penerbit-penerbit yang telah berjaya di kategori ini seperti Penerbit Sasbadi, Penerbitan Pelangi, Oxford Fajar, Longman Malaysia.
3) Buku-buku popular (novel, motivasi)
Buku-buku ini menumpukan pasaran mereka di kedai-kedai buku berangkai seperti MPH dan Popular. Pada suatu ketika pasaran novel melonjak tinggi sehingga ada judul novel yang popular mencapai penjualan sehingga 30,000 naskhah. Selain novel, trend kini juga menuju ke arah buku-buku motivasi diri, buku-buku berunsur kerohanian dan keagamaan, buku-buku panduan profesional seperti panduan mencari wang, panduan mengira cukai, panduan membaiki komputer dan sebagainya. Buku-buku sebegini boleh laku disekitar 2000 hingga 3000 naskhah. Penerbit novel popular ialah Alaf 21 dan KernaDya manakala penerbit buku-buku popularterulung ialah PTS Publications dan juga oleh Utusan Publications.
4) Buku-buku Professional
Buku-buku untuk usahawan atau ahli profesional. Di dalam kategori ini, banyak buku-buku dari luar negeri mendominasi pasaran ini. Bidang-bidang seperti Marketing, Business Strategy dan sebagainya didominasi oleh penerbit asing seperti McGrawHill dan John Wiley manakala penerbit tempatan menguasai bidang-bidang kritikal tempatan seperti Undang-undang oleh Malayan Law Journal (MLJ).
5) Buku-buku Universiti
Saiz pasaran bagi kategori ini sebenarnya besar, bagi satu-satu kursus popular seperti Kejuruteraan atau Sains Komputer boleh mencecah sehingga 20,000 - 30,000 pelajar seluruh negara. Namun begitu segment ini dimonopoli oleh 3 gergasi penerbit dunia; Pearson, McGrawHill dan Cengage. Pemain-pemain lain (tempatan) seperti Utusan, Arah Publications dan penerbit-penerbit universiti tempatan. Pasaran ini kecil kepada pemian-pemain tempatan dan boleh terjual sekitar 500 hingga 1000 naskhah dan kadangkala dibantu dengan pembelian oleh perpustakaan akademik seluruh negara. Saya akan muatkan dalam blog ini kenapa 3 gergasi tadi selesa mendominasi pasaran ini.
Lain-lain kategori buku adalah kategori buku kanak-kanak, buku kemahiran (memasak, mejahit, pengaturcaraan), kemudian ada buku-buku mewah, buku-buku biografi, buku-buku rujukan (kamus dan direktori). Kategori yang lain-lain ini akan saya tulis kemudian.

How to improve Scholarly Book in Malaysia? >> Bagaimana nak majukan buku ilmiah di Malaysia?
To make Scholarly Publishing more meaningful in Malaysia, the stakeholders (Minister of Higher Education, University Presses, Scholarly Publishers and scholarly authors) must adopt and apply my suggestions below:
1) Malaysian Book Academy - publisher's staff must be professional by traning and thinking. This academy can also acts as publishing industry think-tank and the early adopter of latest technology
2) The licensing of photocopy activities - Photocopying is a free-for-all activities in Malaysia. Outside the gate of university campuses, photocopy shops mushrooming and offer pirated textbook for sales. Government must make a bold move to licence these operators. Make them to pay at least some royalty to original publishers while doing some photocopying (but not the whole book please!)
3) One common Marketing arm for university presses (MAPIM) - currently the sales and marketing for MAPIM publications are scattered and les organise. They must have single clearing house to promote, market and sell their publications.
4) Strategic Cooperation with big commercial publisher - when you can't beat them, just join them. Cooperation with MOU between scholarly publishers with commercial publishers will benefit all. MOU can touch on content exchange, expertise, marketing channel and lots more.
5) Tax on imported book & subsidies to local publishers - Local publishers who are willing to publish scholarly books are awarded grant or subsidies to pursue their activities. At the same time govt must look into putting tax on unnecessary imported book. This will protect and spur growth for local books.
6) Scholarly Book Award - scholarly authors must get motivation in term of National Book Award with recognitions. If we can give Natioanl Literature awards to deserving authors, why not apply t5he same to scholarly author who can produce high quality publication.
7) Mandatory listing in the university course list - most course list in Malaysian universities proudly listed books from overseas. It is not harm to include at least one local title into the list. With this, the professors help to promote local books and students will get to know the existance of such titles.
When shall we start?

Tuesday
dunia buku ilmiah & konglomerat global
Buku-buku ilmiah dan pengajian tinggi antarabangsa dianggap sebagai bahan komoditi antarabangsa kerana hasil daripada trend terkini dalam perolehan dan pengambilalihan (meargers and acquisitions) syarikat-syarikat penerbitan tradisional telah mewujudkan konglomerat penerbit multinasional. Kuasa kawalan dan pemilikan syarikat penerbitan mempunyai impak terhadap buku-buku ilmiah dan pengajian tinggi yang berada di pasaran sekarang.
Setiap organisasi akan memacu agenda masing-masing menerusi produk-produk yang dipasarkan dan kesannya akan dirasai oleh negara pengguna akhir seperti Malaysia.Semenjak Perang Dunia Kedua, industri penerbitan buku telah mengalami perubahan yang amat radikal. Bermula sebagai sebuah industri desa pada tahun 1940-an yang hanya dinikmati oleh para elit di bandar-bandar besar. Kini, industri buku merupakan sebahagian daripada industri bersifat global dengan jumlah jualan seluruh dunia pada tahun 2002 berjumlah kira-kira US$93 bilion Dengan profil industri yang bersifat global tadi menyebabkan penerbit-penerbit yang kecil dengan lokasi yang berselerak di merata dunia semakin ditelan oleh konglomerat walaupun masih ada beberapa buah penerbit niche yang masih beroperasi atas sifatnya yang mengkhusus dan memasarkannya kepada segmen-segmen khas.
Pelaburan-pelaburan di bidang industri buku ini datang dari pelbagai sumber seperti pegangan syer awam dan juga aliran modal daripada empayar media lain yang mengalir sebahagian daripada keuntungannya ke anak syarikat bukunya. Salah satu trend yang ketara akibat daripada pelaburan syer awam dan penggabungan ini ialah hak keempunyaan kebanyakan penerbit kini menjadi milik antarabangsa. Lima penerbit buku terbesar pada tahun 1992 merupakan syarikat milik asing. Menjelang tahun 2001, lima penerbit terbesar di dunia masih lagi bersifat antarabangsa dan juga telah menguasai 85% daripada jumlah pendapatan seluruh industri.
Lima Penerbit Buku Terbesar Di Dunia, 2002
1)Random House (US$4.2 bilion) - Bertelsmann (Jerman)
2)HarperCollins - News Corps. (Australia)
3)Time Warner - AOL Time Warner(AmerikaSyarikat)
4)Simon & Schuster - Viacom CBS (Amerika Syarikat)
5)Penguin Putnam - Pearson plc (United Kingdom)
Sumber: Publisher Weekly, January 15, 2003
Perniagaan penerbitan buku merupakan satu jenis perniagaan yang berisiko tinggi, rata-rata hanya 40% buku-buku yang diterbitkan bakal mencatatkan keuntungan. Hal ini menyebabkan konglomerat penerbit berfikir bahawa untuk memaksimumkan untung dengan jumlah pelaburan yang minima. Hasilnya mereka membuat keputusan akan mengeluarkan judul yang sedikit, selektif dan popular tetapi di dalam kuantiti yang banyak dan dipasarkan di seluruh dunia. Namun, trend ini telah menyebabkan persaingan semakin kurang apabila hanya beberapa organisasi besar sahaja yang bersaing dan produk menjadi ‘homogenus’. Semua penerbit akan mengeluarkan produk atau judul yang hampir serupa.
Namun begitu, penggabungan dan penyatuan syarikat membolehkan para penerbit kecil yang bernaung di bawah payung konglomerat mengurangkan kos operasi, termasuklah kos-kos yang melibatkan penyimpanan stok, jualan dan pemasaran. Secara tidak langsung mereka mampu meningkatkan marjin keuntungan.Saiz organisasi yang besar juga memberikan gergasi penerbitan ini kelebihan dalam perundingan tentang terma dan syarat dagang dengan peruncit gergasi seperti Barnes & Noble, Borders dan Amazon.com yang menguasai aspek pemasaran buku. Jika suatu jenis buku itu mendapat permintaan yang tinggi dan bersaiz pasaran yang luas, penerbit-penerbit akan berlumba-lumba merebut pasaran yang sama. Dalam jangkamasa yang panjang, kesan ini menjadi negatif kerana kurang buku yang mempunyai idea baru di pasaran, produk menjadi homogenus dan buku-buku yang mengkhusus (lebih-lebih lagi buku ilmiah) akan mengalami kepupusan.
Penerbitan buku-buku ilmiah ini kemudiannya akan beralih menjadi terbitan dalam talian (on-line) sahaja kerana kos penerbitan dalam talian yang lebih murah. Kewujudan konglomerat penerbit secara agresif ini juga menyebabkan berlaku penggabungan media (media convergence) apabila buku-buku yang diterbitkan akan dipakejkan bersama-sama produk media yang lain dalam organisasi seperti siri program di televisyen, filem dan produk-produk media yang lain.
Banyak contoh buku-buku yang telah diterbitkan kemudian diangkat sebagai filem cereka atau siri mini di televisyen. Fenomena ini muncul semenjak tahun 1818 lagi melalui novel ‘Frankenstein’ hasil tulisan Mary Shelly diadaptasi ke filem pada tahun 1910. Contoh yang terkini ialah penerbitan buku novel dalam siri Harry Potter oleh J.K. Rowlings yang telah difilemkan dan juga watak dalam novel ‘Lizzie McGuire’ yang telah dibuat siri televisyen, filem dan juga kartun oleh Disney Corporation melalui Buena Vista.
Dalam senario di negara-negara dunia ketiga (TWC), pengaruh antarabangsa ini dalam banyak kes amat berkesan. Kebanyakan penerbit antarabangsa mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran tempatan dan sering berjaya menguasai pasaran tersebut. Dengan ketidakupayaan penerbit tempatan menghasilkan buku-buku rujukan yang sesuai dengan kursus yang ditawarkan, buku-buku import terpaksa digunakan. Hasilnya, buku-buku ilmiah tempatan akan terus pupus kerana penerbit-penerbit yang berada di pasaran ini hanya berorientasikan untung semata-mata.

Subscribe to:
Posts (Atom)