Tuesday

Buku Haram, apa panduan dan penguatkuasaannya?

Saya terpanggil untuk membuat penyelidikan yang lebih mendalam apabila wujud kontroversi pengharaman buku terjemahan Irsad Manji.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal-ehwal Islam, buku terjemahan Irsad ini sangat bahaya kepada umat Islam di Malaysia. Irshad pernah mengarang buku yang dikatakan telah menimbulkan kemarahan umat Islam di dunia yang berjudul “The Problem With Islam Today” yang mengandungi idealisme yang sama dengan Salman Rushdie, penulis novel “The Satanic Verses”. Sebelum ini, Jakim dan KDN menyekat sebarang program melibatkan wanita itu kerana ideologi yang dibawanya dikatakan boleh memberi implikasi yang buruk terhadap umat Islam di negara ini.

Malang sekali pengharaman yang dibuat oleh JAKIM selepas amaran Menteri tadi tidak pula disertakan dengan alasan-alasan kenapa ia benar-benar bahaya. Dari segi apa? Adakah hanya JAKIM sahaja yang berhak menentukan sama ada kandungan itu bahaya atau tidak? Umat Islam harus diberitahu dengan jelas apa yang bahayanya kerana maklumat-maklumat ini walaupun diharamkan secara lahirian di bumi Malaysia tetapi mudah diperolehi melalui laman-laman web yang boleh diakses oleh sesiapapun.

Ini sahaja maklumat tentang garis utama penilaian sesuatu penerbitan itu oleh JAKIM

GARIS PANDUAN PENERBITAN JAKIM
Kriteria-Kriteria Utama Dalam Menentukan Kedudukan Bahan-Bahan Penerbitan Berunsur Islam :
  • Tidak Mengandungi Perkara-perkara Yang Menyentuh Kesucian Islam.
  • Tidak Mempropagandakan Akidah, Hukum dan Ajaran Yang Bercanggah Dengan Mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
  • Tidak Mempersendakan Dan Mempersoalkan Kewibawaan Sumber-sumber Hukum Islam Yang Utama Iaitu Al-Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qias.
  • Tidak Bercanggah Dengan Pegangan Mazhab Ahli Sunah Wal-Jamaah.
  • Tidak Bertentangan Dengan Fatwa Atau Pendapat Jumhur Ulama’.
  • Tidak Mengandungi Unsur-unsur Israiliat, Khurafat Dan Kebudayaan Karut.
  • Tidak Menimbulkan Keraguan Dan Kegelisahan Awam.
  • Tidak Mengandungi Penulisan Ayat-ayat Al-Quran Dengan Tulisan Selain Daripada Bahasa Arab.
  • Tidak Menyalahi Fakta-Fakta Sejarah.
  • Tidak Mengilustrasikan Gambar-gambar Para Nabi, Sahabat Yang Empat, Malaikat Serta Memperwatakkan Gambar-gambar Tersebut.

Jika diikut penyataan-penyataan di atas, sebenarnya amat susah nak terbitkan buku agama di Malaysia ini apatah lagi penyataan di atas banyak yang subjektif. Akhirnya tertakluk kepada budi bicara dua atau tiga orang 'ulama' dalam JAKIM yang menentukan kehalalan atau keharaman sesebuah kandungan.

Inilah judul-judul yang diharamkan (dipetik daripada laman web JAKIM walaupun saya rasa ada beribu-ribu judul lagi di luar sana yang tak mematuhi kriteria di atas. Tak percaya pergilah ke Masjid India, banyak lagi buku-buku yang boleh disangsikan (diterbitkan atas kapasiti buku agama).

1) The Sufi's People Of The Path Vol.1 &2 Bhagwan Shree Rajnesh Usha Offset Printers, Bombay,India
2) Until You Die,Discourses On The Sufi Way Bhagwan Shree Rajnesh Mo. Yoga Lazemi, Rajnesh Foundation Shree Rajnesh Ashram, India
3) Al-Quran Tentang Manusia dan Ekonomi , Al-Quran Tentang Manusia dan Masyarakat, Al-Quran Tentang Manusia dan Syalat, Puasa dan Waktu Nazwar Syamsu Thinker's Library Sdn. Bhd. Johor Bahru
4) Understanding Islam An Introduction To The Muslim World Thomas W. Lippmer A Mentor Book New American Library, New York 1982
5) Ilmu Qiraat Al-Quran (Qiraat Tujuh) Drs. Abdul Malik Yamint Pustaka Antara, Kuala Lumpur
6) Studies On Islam A Simple Outline Of The Islamic Faith Jack Budd Made and Printed in Great Britain by Stanley L.Hunt(Printers) Ltd., Rushdan Northants
7) The Collection Of The Quran John Burton The Syndicate of The Cambridge University Press
8) Kafir Mengkafir Siapakah Yang Kafir Khalid Salleh Tintms 34, Jalan 10 Gombak, Selangor
9) Gayong Bersambut Hashim A. Ghani KTF Institut 31, Wisma Sentosa, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
10)Muhammad Michael Cook Oxford, New York Oxford University Press
11)Miracles & Metaphors Mirza Abdul Fadl Gulpaygani (Terjemahan Juan Ricard Cole) Kalimat Press 1088, Wilshire Baulevard Suite 700, Los Angeles CA 90024
12)Hadis Satu Penilaian Semula Kassim Ahmad Media Intelek Sdn. Bhd., Tingkat 2B, Wisma FAM, Petaling Jaya
13)Rahsia Mengenal Diri 1 Al-Ustaz Hal Azwan Cetak Khidmat (M) Sdn. Bhd. Lot 10-2B, Jalan Besar Ampang, 68000 Ampang, Selangor.
14)Rahsia Mengenal Diri 2,3 dan 4 Al-Ustaz Hal Azwan Percetakan Istiramai Enterprise Sdn. Bhd. Taman Nirwana, Ampang
15)The 100 A Ranking Of The Most Influential Persons In History Michael H.Hart Golden Books Centre Sdn. Bhd., No. 26, Jalan Daud, Kampung Baru, Kuala Lumpur (INI AMAT MENGEJUTKAN SAYA)
16)Tafsir Al-Mizan Mengupas Ayat-Ayat Roh Dalam Alam Barzakh (Terjemahan) Judul Asal : Al-Mizan For Tafsir Al-Quran Allamah Sayyid Muhammad Husein Thabathaba'i, Penterjemah : Syamsuri Rifai C.V Firdaus Jln. Keramat Sentiong MAsjid No. E 105. Tel:310479 Jakarta Pusat
17)Seri Dasar-Dasar Filsafat Islam Prinsip-Prinsip ISlam (Dalam Al- Quran) Dr. Bahesty dan Dr. Bahanor ; Terjemahan: Sofyan Abu Bakar Risalah Masa, Jln. Awakydub II, No 8 ; Tel:3102910 Tanah Abang . Jakarta Pusat
18)Islamic Sufism Capt. Wahid Bakhsh Rabani Allah Abad, India A.S Noordeen G.P.O Box 10066, 50704 Kuala Lumpur
19)Mujarobat Melayu - Maktabah Matbaah Darul Maarif 173-C Sungai Pinang Road, Pulau Pinang
20)Taqwa Bekalan Menuju Akhirat Mohd. Fadli bin Ismail Pustaka Al-Irshad, 43A, Lorong Rahim Kajai 13, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur
21)"Pembelaan ..." Paul Tan Chee Ing. S.J Pusat Penyelidik Katolik
22)Islam A Christian Witness Martin Goldsmith Send The Light (Corporation Mobilixation) P.O. Box 48, Bremley Kent, England Holder And Stoughtan England 1982
23)Conspiracies Againt The Quran Sayed Abdul Wadud Zalfhan Publishers Kuala Lumpur
24)A History Of God Karen Amstrong Ballatine Books Random House Inc. New York
25)Nur Muhammad S.A.W Penyusun: Salim Osman -
26)Pedoman Fardhu Ain Buku 1 dan 2 Penyusun: Abu Abdul Rahman An Nairuisy Syarikat Nurulhas P.O.Box 194, Gombak, 53700 Kuala Lumpur
27)Akhirnya Ku Temukan Kebenaran ; Judul Asal:Thumma Ihtadaitu; Edisi Inggeris: Then I Was Guided Muhammad Al-Tijani As-Samawi ; Penterjemah: Syed Husein Shahab -
28)The Torn Veil Thelma Sangster Marshall Morgan & Scott
29)Beyond The Mosque Phil Parshall -
30)Sembahyang Rasulullah Us. Abu Bakar Al-Asyari Pustaka Melayu Baru, Kuala Lumpur
31)Religion East And West Ward J. Fellows Holt Rinehast and Winston
32)Keutamaan Budi Dalam Islam Mohamad Fadlohi H.S Al-Ikhlas, Srabaya, Indonesia
33)Introduction to The Quran Montgomey Watt & Richard Bell -
34)The Islamic Movement And The Threat To Western Civilization Richard Veville Sanderson The American Classical College Press, P.O.Box 4526 Albuquerque N.M. 81706 USA
35)Letters & Essays (1886-1913) Mirza Abdul Fadl (Terjemahan oleh Juan Ricordo Cole) Kalimat Press 1088 Wilshire Bulevard Suite 700, Los Angeles CA 90024
36)Understanding The Islamic Explosion Bernard Palmer Harizan House Publisher Alberta, Canada 1980
37)Wanita Dimata dan Hati Rasulullah (Ceramah di Gereja Jursuit Paris); Buku Asal: Women In The Eyes And Heart Of Muhammad) Ali Syari'ati ; Penterjemah:Sofian Abu Bakar Penerbit Risalah Masa Jalan Awaludin 11, No. 8, Tanah Abang, Jakarta Pusat
38)Siapa Mengapa Ahlul Bayt; Tajuk Asal: Ahlul Bayt Penterjemah: Hassan Abdul Qadir Penerbitan Umu Bandung
39)Setiap Bid'ah menyesatkan (1) Rasul Dahri Perniagaan Jahabersa, No.15, Jalan Dataran3/3, Taman Kempas, 81200 Johor Bahru
40)Persoalan Bid'ah dan Percanggahannya Rasul Dahri Perniagaan Jahabersa, No.15, Jalan Dataran3/3, Taman Kempas, 81200 Johor Bahru Percetakan IWC Sdn. Bhd. No.78, Jln. 10/11 8B Desa Tun Razak (Industrial Park) 56000 Cheras, Kuala Lumpur Status Penwartaan: Diwartakan Tarikh Diwartakan: 19 Nov, 2002 Nombor Rujukan: JMJ/03/014-2 Akta/Enakmen: J. P.U. 47.

No comments: