Sunday

Penerbit Buku Sudah Bersedia Untuk E-Book?



Jeff Bezos dan Kindle nya


Jeff Bezos, si pengasas amazon.com mempunyai cita-cita besar. Dengan berbekalkan Kindle yang dijualnya, dia mahu menjadikan industri buku di dunia ini menjadi 'iTunes' kepada Steve Jobs (pengasas Apple). Lihatlah bagaimana Steve Jobs membuat pengeluar label muzik tunduk kepada kemahuan beliau tentang bagaimana mereka memasarkan muzik mereka kini bukan sahaja melalui CD atau kaset tetapi kebanyakannya melalui muat turun mp3.


Berasaskan pengalaman Steve Jobs tadi, Jeff Bezos mahu membuat semua penerbit memberi laluan kepada beliau untuk memasarkan buku (kandungan) mereka melalui Kindle dan bentuk fizikal buku dengan halaman bercetak atas kertas akan perlahan-lahan ditinggalkan.


Jeff Bezos baru-baru ini melancarkan Kindle 2 yang jaug lebih baik dari Kindle 1. Dengan memori sebesar 180MB, pengguna boleh memuatkan beribu-ribu judul novel dalam Kindlenya. Paparan menggunakan 16 gradient gray berbanding Kindle 1 yang menggunakan paparan hitam putih Spartan yang meletihkan mata pengguna. Kindle 2 tidak menggunakan LCD tetapi ia menggunakan teknologi dari MIT Media Lab iaitu 'e-ink technology' yang canggih.. boleh dibaca dengan cahaya waktu siang yang terang tanpa meletihkan mata.


Jadi apa ini sebenarnya?


Jeff Bezos memiliki peranti yang kuat untuk membunuh buku secara fizikal... dia hanya mahu kandungan daripada penerbit untuk menerbitkan bahan-bahan bacaan tetapi dia tidak mahu satu alat yang dinamakan buku. Kemudian, setelah dia menguasai pasaran penerbitan ini sepenuhnya, dia akan memastikan semua peenrbit mengikut cakap dia, terbit hanya e-book.. atas nama revolusi penerbitan.


Jeff Bezos sedang mengecapi kejayaan peruncitan dengan amazon.com nya... semua penerbit mahu masukkan buku mereka dan menjualnya dalam amazon.com kerana ia diiktiraf sebagai kedia buku maya terbesar di dunia bak hutan amazon sebenar.


Akan datang, mana-mana penerbit yang mahu memasarkan buku melalui amazon.com harus menyediakan versi e-book untuk Kindle nya. Lama-kelamaan buku fizikal tak payah dihantar ke amazon. memadai hanya versi e-book dalam PDFnya... akhirnya buku fizikal menjadi sebahagian daripada sejarah..sepertimana yang sedang dialami oleh industri muzik sekarang.


Ada beberapa impak:


1) Penerbit menyediakan kandungan..medium penerbitan boleh menjadi berbeza..buku atau e-book, maksudnya penerbit tetap akan wujud, bentuk produk sahaja berubah

2) Alam sekitar terpelihara kerana kurang kertas digunakan untuk menerbitkan buku

3) Pembaca boleh menjimatkan ruang penyimpanan - satu ribu judul dalam satu Kindle

4) Lebih ramai orang boleh menerbitkan buku mereka dan wujud banyak penerbit-penerbit Indie

5) Kedai buku konvensional akan lenyap, orang tengah terhapus

6) Pada satu peringkat terjadi sedikit 'knowledge divide' di mana yang gadget savvy dapat akses kepada ilmu pengetahuan dengan lebih cepat berbanding manusia yang 'offline'

4) Jenis pertama yang menjadi sesuai jadi e-book ialah 'buku ilmiah' kerana pasaran kecil, kemudian, penerbitan 'novel' kerana pembaca novel yang tegar akan membaca dengan banyak dalam masa yang singkat... jadi mereka memerlukan satu gadget yang boleh menyimpan beribu-ribu novel untuk mereka.


2 comments:

Unknown said...

Mungkin di negara kita penggunaan kindle belum meluas malah belum bermula lagi. Tetapi, saya percaya trend ini akan diikuti juga akhirnya nanti.
www.rahsiarezeki.com

HASRI HASAN said...

zahidana, kindle belum ada di Malaysia kerana infrastruktur WIFI di malaysia sangat lemah.. industri buku kertas pun masih belum maju