Monday

1.2 juta penduduk pedalaman kini dapat akses kepada buku!

Khidmat pustaka desa untuk 1.2 juta penduduk pedalaman
16/06/2009 11:43am
MACHANG 16 Jun — Lebih 1.2 juta penduduk terutama yang tinggal di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak kini mendapat khidmat 1,089 perpustakaan desa di seluruh negara.
Ketua Pengarah Jabatan Perpustakaan Negara, Raslin Abu Bakar berkata usaha- usaha sedang giat dijalankan agar lebih ramai lagi mereka yang tinggal di kawasan luar bandar mendapat manfaat daripada kemudahan ini.
“Kita sudah mengarahkan 1,200 pengurus perpustaan mendekati mereka dari rumah ke rumah untuk menggalakkan mereka minat membaca bagi menambahkan ilmu pengetahuan, “ katanya kepada pemberita selepas menutup Kursus Asas Pengurusan Perpustakan Desa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini malam tadi. - Bernama




***********************
Saya amat menyambut baik usaha Perpustakaan Negara memperbanyak perpustakaan desa di kawasan luar bandar seluruh negara. Ini lah projek realiti terbaik setelah selama ini kita canang-canangkan 'masyarakat membaca'...

1) Selepas penat bertani, menangkap ikan, dan kerja-kerja seharian, bolehlah saudara-saudara kita duduk membaca di pustaka desa ini demi menambah ilmu pengetahuan

2) Untuk anak-anak, tidaklah bosan hanya menatap buku teks di sekolah. Di pustaka desa ada buku cerita dan buku ilmu pengetahuan yang boleh meluaskan pengalaman anak-anak

3) Kalau ada buku-buku masak, hiasan rumah atau buku kraftangan, boleh juga kaum Hawa mendapat idea-idea baru untuk kegunaan rumah tangga.

Siapa kata buku hanya untuk orang yang pandai... ada banyak jenis buku, pilih lah..kerajaan pun dah siapkan pustaka desa dan bandar untuk semua...Selamat membaca dan menjadi masyarakat berilmu!

No comments: