Thursday

Kronologi Sejarah E-Buku - E-book Chronology

1946
Roberto Busa membina penerbitan elektronik yang dianggap perintis e-buku iaitu 'Index Thomisticus'

~1963
Doug Engelbart memulai projek NLS yang boleh dianggap projek e-buku terawal

1971
Michael S. Hart memuat naik perisytiharan kemerdekaan Amerika Syarikat di komputer. Beliau melancarkan Project Gutenberg untuk menyediakan salinan elektronik kepada buku-buku klasik.

1990
Eastgate Systems melancarkan fiksyen hipertext pertama, "Afternoon", dalam cakera liut

Electronic Book Technologies melancarkan DynaText, sistem berasaskan SGML untuk menyimpan buku manual berskala besar seperti manual teknikal pesawat yang digunakan oleh tentera Amerika.

1992
F. Crugnola and I. Rigamonti mencipta peranti e-buku pertama, Incipit, sebagai sebuah projek tesis di Politecnico di Milano

1993
Projek buku digital percuma, Bibliobytes, dilancarkan di internet

1996
Project Gutenberg kini memiliki 1,000 judul. Sasarannya 1,000,000 judul.

1997
E Ink Corporation ditubuhkan oleh Joseph Jacobson, yang memiliki teknologi untuk membangunkan peranti seperti the Sony Reader, Barnes & Noble nook, and Amazon Kindle.

1998
Peranti e-buku pertama: Rocket ebook dan SoftBook dilancarkan.

Antara laman web yang pertama menjual e-buku ialah eReader.com dan eReads.com.

2000
Microsoft Reader dilancarkan dengan menggunakan teknologi ClearType.

Stephen King menawarkan bukunya yang terbaru waktu itu, "Riding the Bullet" dalam bentuk digital dan hanya boleh dibaca melalui PC

2002
Dua gergasi penerbitan, Random House dan HarperCollins mula menjual judul-judul bahasa Inggeris mereka dalam bentuk digital.

2004
Sony Librie, ialah e-buku pertama yang menggunakan teknologi e-ink.

Google mengumumkan pelan unntuk mendigitalkan hasil perolehan perpustakaan utama dunia yang dipanggil Google Books Library Project. Google kemudian disaman oleh wakil penerbit kerana menyalin dan mendigitalkan buku-buku yang masih ada hakcipta

2006
Sony Reader dengan e-ink dilancarkan.

2008
Adobe and Sony bersetuju berkongsi teknologi (peranti & DRM - digital rights management)

2009
Amazon melancarkan peranti Kindle 2.

2010
Amazon melancarkan Kindle DX International Edition ke seluruh dunia.

Apple melancarkan iPad dengan app e-buku yang dipanggil iBooks. Dari April 2010 hingga October 2010, Apple telah berjaya menjual 7 juta iPad.

Kobo Inc. melancarkan Kobo eReader

Amazon.com melaporkan jualan e-buku buat pertama kali melebihi paras jualan buku kulit keras pada suku kedua tahun 2010.

Amazon melancarkan Kindle generasi ke-3, dengan 3G+Wi-Fi atau versi Wi-Fi sahaja.

BeBook melancarkan BeBook Neo, peranti pertama buatan Eropah dengan Wi-FI.

Kobo Inc. melancarkan versi baru Kobo eReader yang memiliki Wi-Fi.

Barnes & Noble melancarkan NOOKcolor yang baru.

Sony melancarkan generasi kedua Daily Edition PRS-950.

Google melancarkan Google eBooks

2011
Barnes & Noble melancarkan Nook – The Simple Touch Reader

Amazon.com mengumumkan bahawa jualan e-buku melebihi jumlah jualan semua jenis buku bercetak.
Amazon melancarkan Kindle Fire.

2012
Apple melancarkan iBooks Author, perisian yang mencipta e-buku iPad agar pengarang boleh terus menerbitkan e-buku mereka ke dalam iBooks bookstore atau berkongsi sebagai file PDF.

No comments: