Thursday

Amazon Dah Jadi Penerbit pula?

Gergasi peruncitan kedai buku internet, Amazon kini menceburi bidang penerbitan buku pula dengan langkah pertama menerbitkan sebuah novel remaja berjudul Legacy di bawah imprin AmazonEncore.

Amazon akan menerbitkan versi hardcover buku ini oleh Cayla Kluver, sebagai yang pertama daripada siri trilogi yang dirancang. Judul ini pernah pertama kali diterbitkan dulu sebagai buku 'self publishing' . Ia akan terbit di bawah imprin AmazonEncore pada Ogos 2009 nanti.

Menurut sumber daripada Amazon, mereka akan meneruskan usaha-usaha penerbitan lebih banyak buku-buku lain di bawah imprin Amazon Encore. Pastinya dengan modal yang besar, Amazon mampu bergerak pantas dan menjadi gergasi penerbitan novel fiksyen tidak lama lagi.

Perkembangan di atas nampaknya memberi kesan-kesan berikut:

1) Penerbit-penerbit bekerjasama dengan amazon sebagai penerbit- peruncit. Selepas ini apa? amazon dan penerbit buku sebagai pesaing? adakah amazon masih boleh memastikan sikap profesioanl mereka untuk tidak mendiskriminasi buku-buku pesaing nya di amazon.com? Contoh paling dekat kes peruncit jadi penerbit yang dekat dengan kita adalah kedai buku MPH di Malaysia menjadi MPH Publishing, Crescent News dan GRAMEDIA di Indonesia.

2) AmazonEncore dijangka memilih judul-judul fiksyen berpotensi dari kalangan penerbit kecil dan 'self-publishing' yang mendapat rating yang bagus dalam amazon.com. Persoalannya, mampukah nanti penerbit-penerbit kecil menahan tiupan taufan oleh gergasi seperti amazon dan risiko kehilangan judul-judul mereka yang berpontensi? Adakah trend penerbit kecil semakin lesu akan terus membuat mereka mati?

3) Amazon membuat keputusan menerbitkan 'Legacy' dalam tiga bentuk; 1) buku 2) audiobook 3) e-book untuk kindle. Seperti yang telah saya jangkakan sejak dari mula...dunia penerbitan bukan lagi berkisar kepada 'BUKU'..industri ini harus digelar industri kandungan (CONTENT INDUSTRY).. teks bahannya sama tetapi medium nya berbeza.

No comments: