Wednesday

Seni Perolehan Manuskrip - kenapa penting?

Proses perolehan ditandai dengan persetujuan di antara penulis/pengarang dengan penerbit melalui surat perjanjian penerbitan yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak. Pegawai yang biasanya mewakili penerbit dalam proses perolehan ialah editor perolehan (acquisitions editor or commissioning editor) atau pengurus penerbitan (publishing manager) manakala pihak yang mewakili penulis kadangkala penulis (author) itu sendiri sebagai seorang individu ataupun seorang agen persuratan (literary agent).

Perolehan (acquisitions) merupakan salah satu daripada proses yang sangat penting kepada sesebuah organisasi penerbitan. Proses perolehan yang sistematik dan berkesan sangat kritikal bagi memastikan organisasi berkenaan mendapat produk yang betul dan terbaik kepada syarikat. Jika proses perolehan itu tidak dilakukan dengan betul dan berkesan, syarikat akan menerima manuskrip yang lemah atau manuskrip yang tidak menepati ciri-ciri produk yang diingini oleh syarikat.

Perolehan merupakan satu titik permulaan bagi proses keseluruhan bagi penerbitan buku. Editor perolehan yang baik berupaya untuk merancang, mencari dan menerima manuskrip yang berdaya maju kepada syarikat.

Post selanjutnya, siapakah editor perolehan itu?

No comments: