A BILINGUAL ARTICLES ABOUT BOOK PUBLISHING <> CATATAN ILMU TENTANG DUNIA BUKU DAN PENERBITAN. BERHASRAT MEMBUDAYAKAN PENULISAN BUKU DAN MINAT MEMBACA DI KALANGAN RAKYAT MALAYSIA
Monday
bermulalah tentang buku
Penerbitan buku adalah suatu proses yang ruwet tetapi menyenangkan bagi penggemar buku. Apatah lagi apabila ia telah siap untuk di baca.Tugas ini amat penting kerana penerbitan ilmu-ilmu pengetahuan ini menjadi satu tanda kepada kelangsungan sesuatu bangsa.
Buku-buku jika dibandingkan dengan pesaing elektroniknya seperti televisyen, radio, internet (blog ini juga), filem dan sebagainya masih tidak dapat menyamai kepuasan si pembaca mebelek-belek helaian-helaian papyrus sambil mendalami isi-isi penulisannya. Buku mungkin dikatakan kaku dan tidak menarik tetapi jasa buku dalam tamadun manusia tidak dapat dipertikaikan.
Saya merasakan amat wajar untuk saya memulakan catatan pengalaman dan pemikiran saya tentang penerbitan buku agar saya dapat berkongsi ilmu dan pengalaman kepada pengamal-pengamalan penerbitan buku yang lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment